Skip to content

Seksyen 22

Permohonan untuk menghapuskan hilang kelayakan

of Akta Perdagangan Strategik 2010

ActIn forceProvision 23 of 61
Seksyen 22
(1)

Seseorang yang menurut kuasa suatu sabitan atau perintah di bawah Akta ini dihilangkan kelayakan daripada memegang atau mendapatkan sesuatu permit atau pendaftaran boleh, pada bila-bila masa selepas habis tempoh tiga tahun dari tarikh sabitan atau perintah itu, dan dari semasa ke semasa (yang tidak kurang daripada tiga bulan dari tarikh permohonannya yang terakhir yang dibuat di bawah seksyen ini) memohon kepada mahkamah yang di hadapannya dia disabitkan atau yang membuat perintah itu bagi menghapuskan hilang kelayakan itu.

(2)

Apabila suatu permohonan di bawah subseksyen (1) dibuat, mahkamah boleh, setelah mengambil kira watak pemohon, kelakuannya berikutan daripada sabitan atau perintah itu, jenis kesalahan dan apa-apa hal keadaan lain, sama ada dengan perintah menghapuskan hilang kelayakan itu dari tarikh yang dinyatakan oleh mahkamah dalam perintah itu atau menolak permohonan itu.

(3)

Apabila suatu permohonan di bawah subseksyen (1) dibuat, mahkamah hendaklah mengambil kira apa-apa representasi yang dibuat oleh Pengawal atau mana-mana Pihak Berkuasa yang berkenaan.

Perdagangan Strategik 37