Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English

Bahagian IX · Pasaran Wang dan Pasaran Pertukaran Asing

141. Pelakuan dilarang dalam pasaran wang dan pasaran pertukaran asing

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh—

(a)

mengambil bahagian dalam atau menjalankan suatu transaksi yang telah atau bermungkinan mempunyai kesan yang mewujudkan suatu kadar yang bukan kadar pasaran yang mengakibatkan suatu kadar buatan bagi urus niaga instrumen kewangan dalam pasaran wang atau pasaran pertukaran asing;

(b)

mewujudkan, atau menyebabkan untuk diwujudkan, atau melakukan apa-apa jua yang dikira untuk mewujudkan, suatu gambaran palsu atau mengelirukan mengenai urus niaga aktif instrumen kewangan dalam pasaran wang atau pasaran pertukaran asing;

(c)

membuat suatu penyataan, atau menyebarkan maklumat yang palsu atau mengelirukan dalam suatu butir material dan berkemungkinan mendorong orang lain untuk berurus niaga dalam instrumen kewangan atau berkemungkinan mempunyai kesan menaikkan, menurunkan, mengekalkan atau menstabilkan kadar pasaran instrumen kewangan itu dalam pasaran wang atau pasaran pertukaran asing dan

Perkhidmatan Kewangan 157

apabila orang itu membuat penyataan, atau menyebarkan maklumat itu—

(i)

orang itu tidak melaksanakan kecermatan sewajarnya sama ada penyataan atau maklumat itu adalah benar atau palsu; atau

(ii)

orang itu mengetahui, atau semunasabahnya patut mengetahui bahawa penyataan atau maklumat itu adalah palsu atau mengelirukan secara material;

(d)

mengambil bahagian dalam atau menjalankan suatu transaksi berdasarkan maklumat yang tidak tersedia ada secara umum kepada orang yang berurus niaga secara tetap dalam pasaran wang atau pasaran pertukaran asing yang akan, atau berkecenderungan untuk memberi suatu kesan material kepada harga atau nilai instrumen kewangan; atau

(e)

terlibat dalam apa-apa pelakuan lain yang berhubungan dengan pasaran wang atau pasaran pertukaran asing sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, atas syor Bank.

(2)

Tanpa mengehadkan keluasan seksyen 266, Bank boleh mengeluarkan panduan secara bertulis mengenai—

(a)

perihalan pelakuan yang menjadi; atau

(b)

faktor yang perlu diambil kira dalam menentukan sama ada seseorang itu telah terlibat dalam, apa-apa pelakuan yang dinyatakan dalam subseksyen (1).

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.

158 Undang-Undang Malaysia AKTA 758

Report

Bahagian X

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XI

Pemeriksaan

Bahagian XII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIII

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XIV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XV

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVI

Peruntukan Am

Bahagian XVII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1 atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 1.

Schedules