Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIII · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
160. Pemakaian Bahagian ini kepada institusi anggota
Feedback & supportWalau apa pun apa-apa peruntukan lain dalam Bahagian ini, berkenaan dengan institusi yang ialah suatu institusi anggota sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perbadanan Insurans
Deposit Malaysia 2011—
Bank boleh melaksanakan kuasa yang berikut:
kuasa di bawah seksyen 161 hingga 163 dan perenggan 188(a); dan
bagi maksud tunggal untuk mengelakkan atau mengurangkan apa-apa risiko kepada kestabilan
174 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
kewangan dan jika institusi itu tidak terhenti menjadi berdaya maju atau tidak dipertimbangkan oleh Bank untuk berkemungkinan menjadi tidak berdaya maju, kuasa di bawah peruntukan yang berikut:
perenggan 188(b);
seksyen 189 dan 190; dan
seksyen 208; dan
peruntukan yang berikut hendaklah terus terpakai:
subseksyen 173(1) dan (2) kecuali jika permohonan untuk pelantikan seorang penerima dan pengurus untuk menguruskan keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan, hal ehwal atau harta suatu institusi anggota dibuat oleh Perbadanan Insurans
Deposit Malaysia;
subseksyen 173(3) dan seksyen 194; dan
seksyen 195
kecuali jika permohonan untuk menggulungkan suatu institusi anggota dikemukakan oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia.
Bagi mengelakkan keraguan, berkenaan dengan institusi yang ialah suatu institusi anggota sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011, berhubung dengan seksyen 208, peruntukan itu hendaklah dibaca untuk terpakai hanya berhubung dengan kuasa yang boleh dilaksanakan oleh Bank di bawah subseksyen (1).
Perkhidmatan Kewangan 175
Pemecatan pengarah, ketua pengawai eksekutif atau pegawai kanan