Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English

Bahagian IX · Pasaran Wang dan Pasaran Pertukaran Asing

140. Kuasa Bank untuk menentukan standard atau mengeluarkan kod

Feedback & support
(1)

Bank boleh menentukan standard atau mengeluarkan kod bagi maksud membangunkan, atau memelihara keadaan yang teratur atau berintegriti, pasaran wang atau pasaran pertukaran asing.

(2)

Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), standard yang ditentukan atau kod yang dikeluarkan di bawah subseksyen itu termasuklah standard atau kod yang berhubungan dengan—

(a)

obligasi dan kewajipan mana-mana peserta pasaran atau mana-mana pegawai peserta pasaran itu; dan

(b)

pengeluaran, penjualan, pembelian, pembelian semula, pinjaman atau pemberian pinjaman, atau urus niaga lain dalam, mata wang atau instrumen kewangan yang lain yang diniagakan dalam pasaran wang atau pasaran pertukaran asing termasuk terbitan melalui kaunter yang harga, nilai atau obligasi pembayaran didapati daripada, merujuk kepada atau berdasarkan atas kadar faedah atau kadar pertukaran.

(3)

Standard atau kod hanya boleh ditentukan atau dikeluarkan di bawah perenggan (2)(b) berkenaan dengan terbitan melalui kaunter yang didapati daripada, merujuk kepada atau berdasarkan kadar faedah bagi maksud memelihara kestabilan monetari.

156 Undang-Undang Malaysia AKTA 758

(4)

Mana-mana peserta pasaran atau mana-mana pegawai peserta pasaran dalam pasaran wang atau pasaran pertukaran asing hendaklah pada setiap masa mematuhi apa-apa standard yang ditentukan atau kod yang dikeluarkan oleh Bank di bawah seksyen ini.

(5)

Tanpa mengehadkan kuasa Bank untuk mengambil tindakan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, Bank boleh mengenakan apa-apa syarat, sekatan atau larangan termasuk, penggantungan dalam berdagang dan sekatan atas urus niaga dalam pasaran ini atas mana-mana peserta pasaran atau mana-mana pegawai peserta pasaran bagi kegagalan mematuhi atau menguatkuasakan apa-apa standard yang ditentukan atau kod yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

Report

Bahagian X

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XI

Pemeriksaan

Bahagian XII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIII

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XIV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XV

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVI

Peruntukan Am

Bahagian XVII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Bahagian

Bahagian 1 Jadual 1 atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam

Bahagian

Bahagian 2 Jadual 1.

Schedules