Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XI · Pemeriksaan
146. Pemeriksaan orang yang diberi kuasa, dsb
Feedback & support(1)
Bank boleh memeriksa, tanpa apa-apa notis terdahulu, perniagaan dan hal ehwal orang yang berikut:
(a)
orang yang diberi kuasa, orang berdaftar, pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau syarikat pemegangan kewangan, dan pejabat, syarikat berkaitan dan mana-mana ejen mana-mana orang itu, di dalam atau di luar Malaysia;
(b)
peserta pasaran; atau
(c)
pejabat wakil yang diluluskan.
(2)
Bank boleh, bagi maksud suatu pemeriksaan di bawah subseksyen (1), memeriksa mana-mana pengarah, pegawai atau pengawal mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1).