Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian IV · Sistem Pembayaran
30. Penetapan dan pembatalan penetapan sistem pembayaran
Feedback & supportJika Bank berpendapat bahawa suatu gangguan dalam pengendalian sistem pembayaran boleh menjejaskan keyakinan orang awam terhadap keseluruhan sistem pembayaran di Malaysia atau memberikan kesan kepada kestabilan monetari atau kewangan
Malaysia—
dalam hal pengendali sistem pembayaran yang tertakluk pada penyeliaan atau pengawasan pihak berkuasa penyeliaan yang lain di Malaysia, Menteri atas syor Bank dan pihak berkuasa penyeliaan itu; atau
dalam mana-mana hal lain, Bank dengan persetujuan
Menteri, boleh, melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan sistem pembayaran itu sebagai sistem pembayaran yang ditetapkan.
Dalam hal pengendali sistem pembayaran yang tertakluk pada penyeliaan atau pengawasan pihak berkuasa penyeliaan yang lain di Malaysia, Bank hendaklah berunding dengan pihak berkuasa
Perkhidmatan Kewangan 77
penyeliaan itu dalam membuat suatu pendapat di bawah subseksyen (1).
Sekiranya hal keadaan dalam subseksyen (1) tidak lagi terpakai, penetapan suatu sistem pembayaran boleh dibatalkan—
dalam hal pengendali sistem pembayaran yang tertakluk pada penyeliaan atau pengawasan pihak berkuasa penyeliaan yang lain di Malaysia, oleh Menteri, atas syor bersesama Bank dan pihak berkuasa penyeliaan itu; atau
dalam mana-mana hal lain, oleh Bank, melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta.
Bank dan pihak berkuasa penyeliaan itu hendaklah dengan tetap menyemak kedudukan sistem pembayaran yang ditetapkan di bawah perenggan (1)(a), untuk memutuskan sama ada hal keadaan di bawah subseksyen (1), tidak lagi terpakai bagi maksud membuat syor bersesama di bawah perenggan (3)(a).