Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian 2 Jadual 1.
279. Kecualian berkenaan dengan kepentingan dalam syer
Feedback & supportJika seseorang memegang lima peratus atau lebih kepentingan dalam syer orang berlesen pada tarikh yang ditetapkan tetapi tidak dikehendaki untuk memperoleh suatu kelulusan di bawah seksyen 45 Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang dimansuhkan atau seksyen 67 Akta Insurans 1996
yang dimansuhkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu hendaklah disifatkan sebagai diluluskan di bawah perenggan 90(3)(a) dengan syarat dia mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dalam enam bulan selepas tarikh yang ditetapkan.
Jika seorang individu yang telah diluluskan oleh Menteri di bawah seksyen 67 Akta Insurans 1996 yang dimansuhkan untuk memegang kepentingan dalam syer orang berlesen yang melebihi peratusan yang ditentukan dalam seksyen 92, pemegangan itu hendaklah disifatkan menurut undang-undang dan sah bagi suatu tempoh lima tahun selepas tarikh yang ditetapkan dan individu itu hendaklah, sebelum habis tempoh bagi tempoh itu, mengambil tindakan perlu untuk mematuhi seksyen 92.