Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian II · Objektif Pengawalseliaan dan Kuasa dan Fungsi Bank
6. Objektif pengawalseliaan
Feedback & supportObjektif pengawalseliaan utama Akta ini adalah untuk menggalakkan kestabilan kewangan dan bagi mencapai objektif ini,
Bank hendaklah—
(a)
memupuk—
(i)
keselamatan dan kekukuhan institusi kewangan;
(ii)
integriti dan keteraturan fungsi pasaran wang dan pasaran pertukaran wang asing;
(iii)
keselamatan, kecekapan dan kebolehpercayaan sistem pembayaran dan instrumen pembayaran; dan
(iv)
keadilan, kebertanggungjawaban dan pelakuan perniagaan institusi kewangan yang profesional; dan
(b)
berusaha untuk melindungi hak dan kepentingan pengguna perkhidmatan dan produk kewangan.
Perkhidmatan Kewangan 55