Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian VIII · Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna
121. Tafsiran
Feedback & supportBagi maksud Penggal ini, Penggal 2 dan Jadual 7—
“pengadu yang layak” ertinya mana-mana orang yang layak untuk merujuk suatu pertikaian kepada skim ombudsman kewangan mengikut terma rujukan skim itu;
“pengguna kewangan”
ertinya mana-mana orang yang menggunakan, telah menggunakan atau mungkin bercadang untuk menggunakan, apa-apa perkhidmatan atau produk kewangan—
bagi maksud persendirian, domestik atau rumah;
berkaitan dengan suatu perniagaan kecil sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 123; atau
sama ada atau tidak bagi maksud yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau (b), sekiranya—
nilai perkhidmatan atau produk kewangan itu tidak melebihi suatu amaun sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 123; atau
orang itu adalah suatu golongan, kategori atau perihalan orang sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 123;
“penyedia perkhidmatan kewangan” ertinya orang yang diberi kuasa
Perkhidmatan Kewangan 141
atau orang berdaftar tetapi tidak termasuk broker wang yang diluluskan;
“perkhidmatan atau produk kewangan” ertinya perkhidmatan kewangan atau produk kewangan yang dibangunkan, ditawarkan atau dipasarkan, oleh penyedia perkhidmatan kewangan atau bagi dan bagi pihak seorang yang lain oleh penyedia perkhidmatan kewangan;
“skim ombudsman kewangan”
ertinya suatu skim untuk menyelesaikan pertikaian antara seorang pengadu yang layak dan suatu penyedia perkhidmatan kewangan berkenaan dengan perkhidmatan atau produk kewangan.
Pelakuan perniagaan, aduan, pertikaian, dsb.