Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian 1 Jadual 1 di bawah seksyen 264; atau
37. Tafsiran
Feedback & supportBagi maksud Penggal ini—
“pentadbir ketidaksolvenan” termasuklah penerima, pengurus, penerima dan pengurus, pelikuidasi, pelikuidasi sementara, pengurus kehakiman, kurator, pentadbir khas atau mana-mana orang lain, walau bagaimana pun digelar yang diberi kuasa di bawah mana-mana undang-undang di dalam atau di luar Malaysia untuk mengambil kawalan harta seseorang bagi faedah pemiutang orang itu dalam hal orang itu, menjadi, atau mungkin menjadi, tidak solven;
“perintah pemindahan” ertinya—
suatu arahan oleh peserta sistem pembayaran yang ditetapkan untuk memasukkan bagi kegunaan seorang penerima suatu amaun wang dengan cara kemasukan ke dalam buku akaun;
suatu arahan yang, apabila diselesaikan, menyebabkan pengambilalihan atau penunaian suatu obligasi pembayaran sebagaimana yang ditakrifkan oleh kaedah-kaedah sistem pembayaran yang ditetapkan; atau
suatu arahan oleh peserta sistem pembayaran yang ditetapkan sama ada untuk menyelesaikan suatu obligasi bagi
82 Undang-Undang Malaysia AKTA 758
pemindahan sekuriti dengan cara kemasukan buku atau bagi pemindahan sekuriti itu;
“perkiraan penghasilan bersih” ertinya suatu perkiraan secara bertulis untuk menukar beberapa tuntutan atau obligasi kepada satu tuntutan bersih atau satu obligasi bersih;
“sijil kemuktamadan” ertinya suatu sijil yang dikeluarkan oleh Bank kepada mana-mana sistem pembayaran yang ditetapkan di bawah seksyen 38;
“sistem pembayaran yang ditetapkan terperaku” ertinya sistem pembayaran yang ditetapkan yang sijil kemuktamadan telah dikeluarkan oleh Bank yang boleh termasuk sistem pembayaran yang dikendalikan oleh Bank, atau oleh mana-mana pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh oleh Bank di bawah Akta Bank Negara
Malaysia 2009 atau oleh mana-mana orang yang diberi kuasa oleh
Bank.