Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian 1 Jadual 1 di bawah seksyen 264; atau
42. Kemuktamadan pembayaran dan perkiraan penghasilan bersih
Feedback & supportPerintah pemindahan hendaklah sah dan dikuatkuasakan oleh dan terhadap pengendali atau peserta sistem pembayaran yang ditetapkan terperaku dan hendaklah muktamad dan tidak boleh dibatalkan, berbalik atau diketepikan oleh mana-mana orang dari masa perintah pemindahan itu diputuskan sebagai muktamad di bawah kaedah-kaedah sistem pembayaran yang ditetapkan terperaku itu dikehendaki supaya diadakan di bawah perenggan 35(2)(a) dan tiada perintah pun boleh dibuat oleh mana-mana mahkamah bagi pembetulan atau penggantungan perintah pemindahan itu.
Perkiraan penghasilan bersih hendaklah sah dan boleh dikuatkuasakan dan pengendali atau peserta sistem pembayaran yang ditetapkan terperaku hendaklah melakukan apa-apa jua yang dibenarkan atau dikehendaki di bawah perkiraan penghasilan bersih itu bagi memberi kesan kepada perkiraan penghasilan bersih itu.
Apa-apa pembayaran atau obligasi penyelesaian yang terhutang kepada pengendali atau peserta sistem pembayaran yang ditetapkan terperaku di bawah perkiraan penghasilan bersih yang belum dijelaskan—
boleh dibuktikan dalam prosiding ketidaksolvenan; dan
boleh didapatkan semula bagi manfaat pemiutang.
Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen 40(2), apa-apa perintah pemindahan yang muktamad dan tidak boleh dibatalkan di bawah subseksyen (1) dan apa-apa perkiraan penghasilan bersih yang sah dan boleh dikuatkuasakan di bawah subseksyen (2) dan (3), hendaklah diberi kuat kuasa walau apa pun apa-apa jua yang bertentangan yang terkandung dalam—
Perkhidmatan Kewangan 85
seksyen 223 dan 224 *Akta Syarikat 1965 berhubung dengan pengelakan pelupusan harta;
seksyen 296
*Akta
Syarikat 1965, seksyen 59
**Akta Kebankrapan 1967 [Akta 360] atau subseksyen 40(1)
Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998
[Akta 587] berhubung dengan ketidaktuntutan harta yang membebankan;
seksyen 219 *Akta Syarikat 1965 dan seksyen 47
**Akta Kebankrapan 1967 berhubung dengan masa permulaan ketidaksolvenan;
seksyen 293 *Akta Syarikat 1965 dan seksyen 53
**Akta Kebankrapan 1967 berhubung dengan keutamaan yang tidak patut; dan
seksyen 222 *Akta Syarikat 1965 dan seksyen 10
**Akta Kebankrapan 1967 berhubung dengan kuasa untuk menggantung atau menyekat prosiding.