Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Kumpulan Kewangan

122. Permohonan untuk menjadi syarikat pemegangan kewangan

(1)

Mana-mana syarikat yang perlu mendapatkan kelulusan bertulis terdahulu Menteri di bawah seksyen 99 untuk memegang suatu agregat kepentingan dalam syer yang melebihi lima puluh peratus dalam orang berlesen hendaklah mengemukakan suatu permohonan kepada Bank baginya untuk diluluskan sebagai syarikat pemegangan kewangan.

(2)

Syarikat yang disebut dalam subseksyen

(1)

boleh mencadangkan syarikat lain dalam kumpulan perbadanannya untuk diluluskan sebagai syarikat pemegangan kewangan sekiranya ia dapat menunjukkan bahawa syarikat yang dicadangkan itu dalam kedudukan untuk mempunyai kawalan atas orang berlesen dan kumpulan kewangan yang dicadangkannya.

(3)

Seseorang, selain institusi asing atau syarikat yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2), yang dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran bertulis terdahulu Menteri di bawah seksyen 99 untuk memegang suatu agregat kepentingan dalam syer yang melebihi lima puluh peratus dalam orang berlesen hendaklah mencadangkan suatu syarikat dalam kumpulan perbadanannya yang akan mempunyai kawalan ke atas orang berlesen dan syarikat yang dicadangkan itu hendaklah mengemukakan kepada Bank suatu permohonan untuk diluluskan sebagai syarikat pemegangan kewangan.

Report

Bahagian IX

Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

Bahagian 3

Bahagian X

Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam

Bahagian XI

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XII

Pemeriksaan

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules