Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Kumpulan Kewangan

128. Kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada syarikat pemegangan kewangan dan subsidiari

(1)

Bank boleh mengeluarkan satu atau lebih arahan yang ditentukan dalam subseksyen (2) atau (3), sekiranya pada pendapat

Bank bahawa—

(a)

syarikat pemegangan kewangan itu, subsidiarinya atau pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan syarikat pemegangan kewangan itu atau subsidiari itu—

(i)

melakukan atau akan melakukan suatu perbuatan, atau menuruti atau akan menuruti apa-apa pelakuan atau menjalankan perniagaannya, dengan cara yang memudaratkan keselamatan dan kekukuhan orang berlesen;

142 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

(ii)

telah gagal untuk mematuhi mana-mana standard, notis, syarat, penentuan, kehendak, sekatan, arahan atau kod yang ditentukan, dikeluarkan atau dibuat di bawah Akta ini atau suatu arahan di bawah subseksyen 225(6) atau seksyen 227 tidak kira sama ada tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan ketidakpatuhan itu; atau

(iii)

telah memungkiri atau melanggar mana-mana peruntukan Akta ini yang terpakai bagi syarikat pemegangan kewangan itu atau mana-mana subsidiarinya, Akta Bank Negara Malaysia 2009 atau mana-mana undang-undang bertulis, selain undang-undang sekuriti sebagaimana yang ditakrifkan dalam

Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, tidak kira sama ada tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan kemungkiran atau pelanggaran itu; atau

(b)

mana-mana keadaan yang wujud berkenaan dengan kumpulan kewangan yang boleh memberi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada keselamatan atau kekukuhan orang berlesen.

(2)

Tertakluk pada seksyen 273, Bank boleh mengeluarkan suatu arahan secara bertulis kepada syarikat pemegangan kewangan, mana-mana subsidiarinya atau pengarah atau ketua pegawai eksekutif syarikat pemegangan kewangan itu atau subsidiari itu, untuk terhenti atau menahan daripada melakukan suatu perbuatan atau menuruti suatu pelakuan atau melakukan apa-apa perbuatan, berhubung dengan perniagaannya, hal ehwalnya atau hartanya sekiranya pada pendapat

Bank ia perlu untuk memperbetulkan mana-mana hal keadaan dalam subseksyen (1).

(3)

Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (2) dan tertakluk pada seksyen 273, suatu arahan di bawah subseksyen (2) boleh termasuk mana-mana satu atau lebih arahan yang berikut:

(a)

untuk mengubah atau menamatkan apa-apa perjanjian atau perkiraan selain apa-apa perjanjian kewangan yang layak yang dibuat oleh syarikat pemegangan kewangan itu atau mana-mana subsidiarinya dengan mana-mana orang

Perkhidmatan Kewangan Islam 143

berhubung dengan perniagaannya, hal ehwalnya atau hartanya;

(b)

untuk melupus semua atau mana-mana pelaburan atau aset yang dipegang oleh syarikat pemegangan kewangan itu atau mana-mana subsidiarinya dalam mana-mana pertubuhan perbadanan;

(c)

untuk melarang syarikat pemegangan kewangan itu atau mana-mana subsidiarinya daripada menjalankan mana-mana bahagian perniagaannya;

(d)

untuk melarang syarikat pemegangan kewangan itu atau mana-mana subsidirinya daripada membuat apa-apa transaksi atau kelas transaksi lain, atau untuk membuat transaksi tertakluk pada apa-apa sekatan atau syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; atau

(e)

berkenaan dengan syarikat pemegangan kewangan, untuk menaikkan modalnya kepada apa-apa amaun sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

Report

Bahagian IX

Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

Bahagian 3

Bahagian X

Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam

Bahagian XI

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XII

Pemeriksaan

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules