Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Kumpulan Kewangan

132. Kuasa untuk memecat pengarah atau ketua pegawai eksekutif syarikat pemegangan kewangan

(1)

Tertakluk pada seksyen 273, Bank boleh melalui suatu notis secara bertulis, memecat pengarah atau ketua pegawai eksekutif syarikat pemegangan kewangan sekiranya pada pendapat Bank pengarah atau ketua pegawai eksekutif syarikat pemegangan kewangan itu—

(a)

tidak lagi memenuhi kehendak layak dan sesuai yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen 69 yang terpakai bagi syarikat pemegangan kewangan menurut seksyen 127, dan gagal untuk terhenti memegang jawatan itu atau bertindak dalam sifat sedemikian; atau

(b)

telah gagal untuk mematuhi atau melalui tindakan atau kecuaian telah menyumbang kepada kemungkiran atau pelanggaran, mana-mana peruntukan Akta ini, suatu arahan

Bank yang disebut dalam seksyen 128 atau suatu aku janji yang boleh dikuatkuasakan yang diterima oleh Bank di bawah seksyen 270.

(2)

Pengarah atau ketua pegawai eksekutif yang dipecat daripada jawatan atau pekerjaan dalam syarikat pemegangan kewangan di bawah subseksyen (1) hendaklah terhenti memegang jawatan yang dia dipecat berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam perintah itu dan hendaklah terhenti terlibat dengan perniagaan atau hal ehwal syarikat pemegangan kewangan itu.

(3)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana kontrak perkhidmatan atau mana-mana perjanjian lain yang berhubungan dengan pelantikannya, pemecatan pengarah atau ketua pegawai eksekutif itu di bawah subseksyen (1) tidak memberi hak kepadanya untuk menuntut apa-apa pampasan bagi pemecatan itu.

146 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

Report

Bahagian IX

Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

Bahagian 3

Bahagian X

Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam

Bahagian XI

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XII

Pemeriksaan

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules