Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Kumpulan Kewangan

127. Kehendak berhemat atas syarikat pemegangan kewangan dan subsidiari

(1)

Tertakluk pada subseksyen (2), Bahagian VI hendaklah terpakai bagi syarikat pemegangan kewangan seolah-olah sebutan dalam Bahagian itu mengenai “institusi” atau “orang berlesen” ialah sebutan mengenai “syarikat pemegangan kewangan”.

(2)

Menteri boleh, atas syor Bank, melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta, memperuntukkan bahawa semua atau mana-mana peruntukan Bahagian VI—

(a)

tidak terpakai bagi syarikat pemegangan kewangan; atau

Perkhidmatan Kewangan Islam 141

(b)

terpakai dengan apa-apa ubah suaian selaras dengan objektif pengawalseliaan Akta ini.

(3)

Bank boleh menentukan standard mengenai perkara berhemat di bawah seksyen 57 atas subsidiari syarikat pemegangan kewangan, sekiranya pada pendapat Bank bahawa aktiviti subsidiri itu boleh menimbulkan risiko kepada orang berlesen atau kumpulan kewangannya.

(4)

Suatu subsidiari syarikat pemegangan kewangan yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah pada setiap masa memastikan bahawa dasar dan tatacara dalamannya selaras dengan standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen itu.

(5)

Syarikat pemegangan kewangan atau mana-mana subsidiarinya yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau apa-apa standard, notis, arahan, syarat, penentuan atau kehendak yang ditentukan atau dikeluarkan oleh Bank di bawah mana-mana peruntukan Akta ini yang terpakai baginya di bawah seksyen ini melakukan suatu kemungkiran dan Bank boleh mengambil suatu tindakan di bawah perenggan 245(3)(b) sebagai tambahan kepada tindakan penguatkuasaan lain yang Bank diberi kuasa untuk mengambil di bawah Akta ini.

Report

Bahagian IX

Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

Bahagian 3

Bahagian X

Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam

Bahagian XI

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XII

Pemeriksaan

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules