Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian IV · Kehendak Shariah
28. Kewajipan institusi memastikan pematuhan Shariah
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suatu institusi hendaklah pada setiap masa memastikan bahawa matlamat dan pengendaliannya, perniagaannya, hal ehwalnya dan aktivitinya adalah mematuhi Shariah.
Perkhidmatan Kewangan Islam 73
Bagi maksud Akta ini, suatu pematuhan kepada apa-apa keputusan Majlis Penasihat Shariah berkenaan dengan apa-apa matlamat tertentu dan pengendalian, perniagaan, hal ehwal atau aktiviti hendaklah disifatkan sebagai pematuhan kepada Shariah berkenaan dengan matlamat dan pengendalian, perniagaan, hal ehwal atau aktiviti itu.
Jika suatu institusi menyedari bahawa ia menjalankan apa-apa perniagaan, hal ehwal dan aktiviti dengan cara yang tidak mematuhi
Shariah atau nasihat jawatankuasa Shariahnya atau nasihat atau keputusan Majlis Penasihat Shariah, institusi itu hendaklah—
dengan serta-merta memberitahu Bank dan jawatankuasa
Shariahnya mengenai hakikat itu;
dengan serta-merta berhenti daripada menjalankan perniagaan, hal ehwal atau aktiviti itu dan daripada mengambil apa-apa perniagaan, hal ehwal atau aktiviti lain yang serupa; dan
dalam tempoh tiga puluh hari setelah menyedari ketidakpatuhan atau apa-apa tempoh yang lanjut sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, mengemukakan kepada Bank suatu rancangan mengenai pembetulan ketidakpatuhan itu.
Bank boleh menjalankan suatu penilaian yang ia fikirkan perlu untuk memutuskan sama ada institusi itu telah membetulkan ketidakpatuhan yang disebutkan dalam subseksyen (3).
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (3)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.
Bahagian V
Sistem Pembayaran
Bahagian VI
Kehendak Berhemat
Bahagian VII
Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan
Bahagian VIII
Kumpulan Kewangan
Bahagian IX
Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna
Bahagian 3
Bahagian X
Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam
Bahagian XI
Pengemukaan Dokumen atau Maklumat
Bahagian XII
Pemeriksaan
Bahagian XIII
Arahan Pematuhan
Bahagian XIV
Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Bahagian XV
Kuasa Bank yang Lain
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII