Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian IV · Kehendak Shariah
38. Pelantikan orang oleh Bank untuk menjalankan audit pematuhan Shariah
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tanpa memudaratkan seksyen 37, Bank boleh melantik bagi suatu institusi mana-mana orang untuk menjalankan audit pematuhan
Shariah—
sekiranya institusi itu gagal untuk melantik seseorang di bawah subseksyen 37(1);
sebagai tambahan kepada orang yang dilantik di bawah subseksyen 37(1); atau
di bawah apa-apa hal keadaan lain yang Bank sifatkan wajar bagi maksud pematuhan kepada Shariah oleh institusi itu, dan saraan dan perbelanjaan yang berhubungan dengan pelantikan itu hendaklah ditanggung oleh institusi.
Orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai kewajipan dan fungsi sebagaimana yang ditentukan oleh
Bank dan hendaklah mengemukakan laporan kepada Bank mengenai audit yang dijalankan menurut seksyen ini.
Orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) tidak bertanggungan bagi kemungkiran kewajipan kerahsiaan antara orang itu dan institusi itu berkenaan dengan perkara yang dilaporkan kepada
Bank menurut audit pematuhan Shariah di bawah seksyen ini.
Perkhidmatan Kewangan Islam 81
Bahagian V
Sistem Pembayaran
Bahagian VI
Kehendak Berhemat
Bahagian VII
Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan
Bahagian VIII
Kumpulan Kewangan
Bahagian IX
Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna
Bahagian 3
Bahagian X
Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam
Bahagian XI
Pengemukaan Dokumen atau Maklumat
Bahagian XII
Pemeriksaan
Bahagian XIII
Arahan Pematuhan
Bahagian XIV
Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Bahagian XV
Kuasa Bank yang Lain
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII