Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Kehendak Shariah

33. Pemberhentian sebagai anggota jawatankuasa Shariah

(1)

Anggota jawatankuasa Shariah hendaklah terhenti menjadi anggota sekiranya—

(a)

anggota itu meletakkan jawatan sebagai anggota;

(b)

institusi itu, tertakluk pada kelulusan bertulis terdahulu

Bank di bawah subseksyen (2), menamatkan pelantikan anggota itu;

(c)

anggota itu hilang kelayakan menurut mana-mana standard yang ditentukan oleh

Bank di bawah subperenggan 29(2)(a)(ii); atau

(d)

anggota itu tidak lagi memenuhi kehendak layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subperenggan 29(2)(a)(ii) hingga Bank berpuas hati.

Perkhidmatan Kewangan Islam 77

(2)

Anggota jawatankuasa Shariah yang—

(a)

meletakkan jawatan sebagai anggota; atau

(b)

menyedari bahawa dia telah hilang kelayakan menurut mana-mana standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subperenggan 29(2)(a)(ii)

dan oleh itu, menurut perenggan (1)(c), terhenti menjadi anggota, hendaklah memberitahu Bank hakikat dan sebab pemberhentian itu dengan serta merta atau dalam apa-apa hal tidak lewat dari empat belas hari daripada hal keadaan itu.

(3)

Suatu institusi tidak boleh menamatkan pelantikan anggota jawatankuasa

Shariahnya melainkan jika institusi itu telah mendapatkan kelulusan bertulis terdahulu Bank untuk berbuat demikian.

(4)

Tertakluk pada seksyen 273, Bank boleh, melalui perintah secara bertulis, memecat anggota jawatankuasa Shariah sekiranya pada pendapat Bank bahawa—

(a)

mana-mana hal keadaan yang dinyatakan dalam perenggan (1)(c) atau (d) telah berlaku berhubungan dengan anggota itu dan anggota itu kekal menjadi anggota jawatankuasa Shariah itu: atau

(b)

anggota itu telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau gagal mematuhi mana-mana standard yang terpakai baginya.

(5)

Pemecatan anggota jawatankuasa

Shariah di bawah subseksyen (4) hendaklah menurut undang-undang dan sah walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam suatu kontrak perkhidmatan atau apa-apa perjanjian lain yang berhubungan dengan pelantikannya dan sama atau tidak ada dibuat atau diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan orang yang dipecat daripada jawatan tidak berhak untuk menuntut pampasan bagi kehilangan jawatan itu.

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

Report

Bahagian V

Sistem Pembayaran

Bahagian VI

Kehendak Berhemat

Bahagian VII

Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan

Bahagian VIII

Kumpulan Kewangan

Bahagian IX

Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

Bahagian 3

Bahagian X

Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam

Bahagian XI

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XII

Pemeriksaan

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules