Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian IV · Kehendak Shariah
29. Kuasa Bank menentukan standard mengenai perkara Shariah
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Bank boleh, mengikut nasihat atau keputusan Majlis
Penasihat Shariah, menentukan standard—
74 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
mengenai perkara Shariah berkenaan dengan penjalanan perniagaan, hal ehwal atau aktiviti oleh suatu institusi yang menghendaki penentuan hukum Syarak oleh Majlis
Penasihat Shariah; dan
untuk memberi kesan kepada nasihat atau keputusan Majlis
Penasihat Shariah.
Sebagai tambahan, Bank juga boleh menentukan standard yang berhubungan dengan mana-mana perkara yang berikut yang tidak menghendaki penentuan hukum Syarak:
tadbir urus Shariah termasuk—
fungsi dan kewajipan lembaga pengarah, pegawai kanan dan anggota jawatankuasa Shariah suatu institusi berhubungan dengan pematuhan Shariah;
kehendak layak dan sesuai atau kehilangan kelayakan seorang anggota jawatankuasa Shariah; dan
fungsi pematuhan Shariah dalaman; dan
apa-apa perkara lain berhubungan dengan perniagaan, hal ehwal dan aktiviti institusi bagi maksud pematuhan
Shariah.
Tiap-tiap institusi, pengarahnya, ketua pegawai eksekutifnya, pegawai kanannya atau anggota jawatankuasa Shariahnya hendaklah pada setiap masa mematuhi standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen (1) dan (2) yang terpakai bagi orang itu.
Tiap-tiap institusi hendaklah pada setiap masa—
memastikan bahawa dasar dan tatacara dalamannya mengenai tadbir urus Shariah adalah selaras dengan standard yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen ini;
dan
sama ada atau tidak standard telah ditentukan oleh Bank di bawah seksyen ini, menguruskan perniagaannya, hal
Perkhidmatan Kewangan Islam 75
ehwalnya dan aktivitinya mengikut cara yang tidak bertentangan dengan Shariah.
Tiap-tiap pengarah, pegawai atau anggota jawatankuasa Shariah suatu institusi hendaklah pada setiap masa mematuhi dasar dan tatacara dalaman yang diterima pakai oleh institusi itu untuk melaksanakan standard yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen (1) atau (2).
Mana-mana orang yang gagal mematuhi apa-apa standard yang ditentukan di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.
Tadbir urus Shariah
Bahagian V
Sistem Pembayaran
Bahagian VI
Kehendak Berhemat
Bahagian VII
Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan
Bahagian VIII
Kumpulan Kewangan
Bahagian IX
Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna
Bahagian 3
Bahagian X
Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam
Bahagian XI
Pengemukaan Dokumen atau Maklumat
Bahagian XII
Pemeriksaan
Bahagian XIII
Arahan Pematuhan
Bahagian XIV
Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Bahagian XV
Kuasa Bank yang Lain
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII