Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XVIII · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

283. Kecualian dan peralihan

Walau apa pun seksyen 282—

(a)

apa-apa kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, perintah, pemberitahuan atau perundangan subsidiari lain, yang dibuat dan apa-apa kelulusan, kuasa, keizinan, keputusan, arahan, pengecualian, notis, perintah, kebenaran, syor, kehendak, penentuan atau tindakan eksekutif lain, yang diberikan atau dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan dan berkuat kuasa atau mempunyai kesan sebelum tarikh yang ditetapkan, hendaklah disifatkan telah dibuat, diberi atau dilakukan di bawah suatu peruntukan bersamaan,

Perkhidmatan Kewangan Islam 275

dalam Akta ini atau suatu peruntukan bersamaan dalam mana-mana arahan yang dikeluarkan menurut seksyen 168, subseksyen 225(6) atau seksyen 227, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya berhubungan dengan orang yang baginya ia terpakai sehingga dipinda atau dibatalkan, kecuali perundangan subsidiari yang dinyatakan dalam Jadual 16 yang disifatkan telah dibatalkan;

(b)

tiap-tiap garis panduan, arahan, surat pekeliling atau notis di bawah Akta yang dimansuhkan berhubungan dengan mana-mana perkara yang bersamaan dengan mana-mana peruntukan Akta ini, yang dikeluarkan sebelum tarikh yang ditetapkan dan berkuat kuasa sebelum sahaja tarikh yang ditetapkan, hendaklah disifatkan sebagai standard yang telah ditentukan menurut undang-undang di bawah mana-mana peruntukan Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya berhubungan dengan orang yang baginya ia terpakai sehingga dipinda atau dibatalkan;

(c)

apa-apa permohonan bagi suatu lesen, kelulusan, pemberikuasaan, pemberitahuan, akuan terima, keizinan, kebenaran atau bagi apa-apa maksud lain jua pun, yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan dan yang belum selesai sebelum tarikh yang ditetapkan, hendaklah—

(i)

sekiranya terdapat suatu peruntukan bersamaan dalam Akta ini atau dalam mana-mana arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 225(6) atau seksyen 227 diuruskan seolah-olah ia dibuat di bawah peruntukan itu;

(ii)

sekiranya suatu peruntukan berlainan telah dibuat bagi permohonan di bawah Akta ini atau dalam mana-mana arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 225(6) atau seksyen 227, diuruskan mengikut mana-mana peruntukan itu; dan

(iii)

sekiranya tiada peruntukan bersamaan dalam Akta ini atau peruntukan berlainan telah dibuat bagi permohonan di bawah Akta ini atau dalam mana-

276 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

mana arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 225(6) atau seksyen 227, luput pada tarikh yang ditetapkan dan apa-apa fi atau bayaran lain yang diterima dengan permohonan itu hendaklah dikembalikan kepada orang itu;

(d)

semua transaksi, kemudahan pembiayaan, urus niaga, kontrak, surat kuasa wakil atau perkiraan yang disempurnakan atau dibuat menurut undang-undang, dan semua perniagaan yang dilakukan menurut undang-undang di bawah Akta yang dimansuhkan dengan mana-mana orang hendaklah disifatkan telah disempurnakan, dibuat atau dilakukan menurut undang-undang dan sah di bawah

Akta ini, dan dengan sewajarnya, apa-apa hak atau liabiliti di bawah transaksi, urus niaga, perniagaan itu yang sedia ada sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah disifatkan terus menjadi menurut undang-undang dan sah di bawah

Akta ini;

(e)

tanpa mengehadkan keluasan perenggan (d), semua sijil takaful yang dikeluarkan, semua transaksi atau urus niaga yang disempurnakan atau dibuat menurut undang-undang, dan semua perniagaan yang dilakukan menurut undang-undang, di bawah Akta Takaful 1984 yang dimansuhkan oleh seseorang yang dilesenkan di bawah

Akta yang dimansuhkan itu dan telah diberi kuasa atau didaftarkan atau disifatkan telah diberi kuasa atau didaftarkan di bawah Akta ini, dengan mana-mana peserta takaful, pelanggan, pemiutang, penghutang atau orang lain hendaklah disifatkan telah disempurnakan, dibuat atau dilakukan menurut undang-undang dan sah di bawah Akta ini, dan mana-mana hak atau liabiliti di bawah transaksi, urus niaga atau perniagaan yang sedia ada sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah disifatkan terus menjadi menurut undang-undang dan sah di bawah Akta ini;

(f)

tiada apa jua pun yang boleh menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk disiasat, didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan;

Perkhidmatan Kewangan Islam 277

(g)

apa-apa prosiding undang-undang, pendakwaan jenayah atau penyiasatan yang belum selesai di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah diteruskan di bawah Akta yang dimansuhkan itu seolah-olah Akta yang dimansuhkan itu berkuat kuasa;

(h)

tertakluk pada perenggan (i), apa-apa sebutan kepada Akta yang dimansuhkan dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah diertikan sebagai suatu sebutan kepada

Akta ini dan apa-apa sebutan kepada mana-mana peruntukan khusus Akta yang dimansuhkan dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah diertikan sebagai suatu sebutan kepada suatu peruntukan Akta ini yang bersamaan dengan seberapa hampir kepada peruntukan khusus itu;

(i)

apa-apa sebutan kepada Akta Kawalan Pertukaran

Wang 1953 [Akta 17] yang dimansuhkan di bawah

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau kawalan pertukaran atau apa-apa peruntukan khusus, atau secara amnya kepada peruntukan, Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 yang dimansuhkan dalam mana-mana undang-undang bertulis hendaklah diertikan sebagai suatu sebutan kepada seksyen 225 atau 227 Akta ini atau suatu peruntukan bersamaan dalam mana-mana arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 225(6) atau seksyen 227;

(j)

apa-apa sebutan kepada seorang “peniaga yang diberi kuasa”

dalam subseksyen 1(3)

Akta

Perniagaan

Perkhidmatan Wang 2011 [Akta 731] hendaklah diertikan sebagai suatu sebutan kepada bank Islam berlesen di bawah

Akta ini dan tafsiran seorang “peniaga yang diberi kuasa”

dalam seksyen 2 Akta itu hendaklah diertikan dengan sewajarnya.

(k)

apa-apa hak, manfaat, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang diperoleh, terakru atau ditanggung di bawah Akta yang dimansuhkan, hendaklah terus berkuat kuasa di bawah

Akta ini; dan 278 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

(l)

semua tindakan atau benda lain yang dilakukan di bawah

Akta yang dimansuhkan hendaklah disifatkan telah dilakukan di bawah Akta ini dan dengan sewajarnya, hendaklah terus menjadi sah dan menurut undang-undang di bawah Akta ini.

Kecualian berkenaan dengan lesen yang diberikan dan pendaftaran yang dibuat di bawah Akta yang dimansuhkan

Report