Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVIII · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVIII · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tertakluk pada peruntukan seksyen ini, tiada apa jua pun yang terkandung dalam seksyen 149 dan 150 boleh menjadikan tidak sah apa-apa deposit Islam yang disetuju terima secara sah di sisi undang-undang oleh sesuatu koperasi daripada seorang yang bukan anggota kepada koperasi itu sebelum tarikh yang ditetapkan dengan syarat bahawa koperasi itu hendaklah, dalam enam bulan dari tarikh yang ditetapkan atau mana-mana tempoh lanjut sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, mengemukakan suatu permohonan kepada Bank berserta dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank untuk ia terus menyetuju terima deposit Islam daripada bukan anggota.
Bank boleh meluluskan, dengan syarat atau tidak, atau menolak permohonan yang disebut dalam subseksyen (1) dan suatu koperasi yang diberikan kelulusan hendaklah mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan atasnya oleh Bank.
Bank boleh memberikan suatu kelulusan di bawah subseksyen (2) sekiranya Bank berpuas hati bahawa koperasi itu telah memberikan suatu aku janji bertulis yang ia akan mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh Bank di bawah subseksyen (2).
282 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
Seksyen 270 hendaklah terpakai bagi aku janji bertulis yang diberikan di bawah seksyen ini.
Bank boleh, pada bila-bila masa, secara bertulis meminda atau membatalkan apa-apa syarat sedia ada yang dikenakan atas kelulusan di bawah subseksyen (2) atau mengenakan apa-apa syarat baharu atasnya.