Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVIII · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVIII · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suatu syarikat yang telah memegang melebihi lima puluh peratus kepentingan dalam syer secara sah di dalam bank Islam berlesen di bawah Akta Bank Islam 1983 yang dimansuhkan atau
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Perkhidmatan Kewangan Islam 281
pengendali takaful berdaftar di bawah Akta Takaful 1984 yang dimansuhkan, hendaklah mengemukakan suatu permohonan kepada
Bank bagi ia diluluskan sebagai syarikat pemegangan kewangan dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh yang ditetapkan atau apa-apa tempoh lanjut sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
Suatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1)
hendaklah diuruskan seolah-olah ia dibuat di bawah seksyen 122 dan suatu syarikat yang disebut dalam subseksyen (1) yang gagal untuk mengemukakan permohonan selepas habis tempoh dua belas bulan atau apa-apa tempoh lanjut yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kemungkiran dan Bank boleh mengambil apa-apa tindakan di bawah subseksyen 245(3).