Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVIII · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
284. Section 284
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tertakluk pada peruntukan subseksyen (2)—
lesen yang diberikan kepada seseorang oleh Menteri di bawah seksyen 3 dan seksyen 30B Akta Bank Islam 1983
yang dimansuhkan untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam atau perniagaan perbankan Islam antarabangsa, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta itu hendaklah disifatkan sebagai lesen yang diberikan di bawah seksyen 10 yang memberi kuasa kepada orang itu untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam atau perniagaan perbankan Islam antarabangsa, mengikut mana-mana yang berkenaan;
suatu pendaftaran sebagai pengendali takaful di bawah seksyen 8 dan pengendali takaful antarabangsa di bawah seksyen 40B Akta Takaful 1984 yang dimansuhkan untuk menjalankan perniagaan takaful atau perniagaan takaful antarabangsa, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta itu hendaklah disifatkan sebagai lesen yang diberikan di bawah seksyen 10 yang memberi kuasa kepada orang itu untuk menjalankan perniagaan takaful atau perniagaan takaful antarabangsa, mengikut mana-mana yang berkenaan;
lesen yang diberikan kepada seseorang oleh Bank di bawah seksyen 37 Akta Takaful 1984 yang dimansuhkan untuk menjalankan perniagaan pembrokeran takaful, hendaklah disifatkan sebagai suatu kebenaran yang diberikan di bawah seksyen 11 yang memberi kuasa orang itu untuk
Perkhidmatan Kewangan Islam 279
menjalankan perniagaan pembrokeran takaful;
dan
ajuster yang dilesenkan oleh Bank di bawah seksyen 38
Akta Takaful 1984 yang dimansuhkan untuk menjalankan perniagaan pengajusteran hendaklah disifatkan sebagai seorang yang berdaftar di bawah subseksyen 18(1)
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah terus menjadi tertakluk pada syarat terpakai baginya sebelum tarikh yang ditetapkan, seolah-olah syarat itu dikenakan di bawah Akta ini.
Kecualian dan peruntukan peralihan berkenaan dengan peruntukan khusus Akta Takaful 1984 yang dimansuhkan