Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian V · Sistem Pembayaran

40. Pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan

(1)

Pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan di bawah

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang telah mendapat kelulusan

Bank di bawah subseksyen 15(1) Akta itu boleh memudahkan peserta yang terlibat dalam perniagaan kewangan Islam untuk memindahkan, menjelaskan atau menyelesaikan dana atau sekuriti.

(2)

Pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah tertakluk pada dan mematuhi—

(a)

peruntukan Akta ini, khususnya peruntukan Bahagian IV,

VI, IX, X dan XIII, setakat peruntukan itu berhubungan dengan perniagaan pengendali yang diluluskan itu untuk menjalankan di bawah subseksyen 15(1)

Akta

Perkhidmatan Kewangan 2013, seolah-olah sebutan dalam

Akta ini kepada “pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan” ialah sebutan mengenai pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan yang telah mendapat kelulusan Bank di bawah subseksyen 15(1) Akta

Perkhidmatan Kewangan 2013; dan

(b)

apa-apa standard, notis, arahan, syarat, penentuan atau kehendak yang ditentukan atau dibuat di bawah Akta ini yang berhubungan dengan perniagaan yang orang itu diluluskan untuk menjalankan di bawah subseksyen 15(1)

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Perkhidmatan Kewangan Islam 83

(3)

Menteri boleh, atas syor Bank, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, memperuntukkan semua atau mana-mana peruntukan

Akta ini—

(a)

tidak terpakai bagi pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan yang telah mendapat kelulusan Bank di bawah subseksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013; atau

(b)

hendaklah terpakai bagi pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan yang telah mendapat kelulusan Bank di bawah subseksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, dengan ubah suaian selaras dengan objektif pengawalseliaan Akta ini, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan

Akta ini atau apa-apa standard, notis, arahan, syarat, penentuan atau kehendak yang ditentukan atau dibuat oleh Bank di bawah Akta ini dan terpakai baginya di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah bertanggungan kepada penalti yang sama yang terpakai bagi orang yang disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah peruntukan sedemikian dan sekiranya tiada kesalahan diperuntukkan bagi pelanggaran itu, orang itu melakukan suatu kemungkiran dan

Bank boleh mengambil suatu tindakan di bawah perenggan 245(3)(b)

sebagai tambahan kepada tindakan penguatkuasaan lain yang Bank diberi kuasa untuk mengambil di bawah Akta ini.

Report

Bahagian VI

Kehendak Berhemat

Bahagian VII

Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan

Bahagian VIII

Kumpulan Kewangan

Bahagian IX

Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

Bahagian 3

Bahagian X

Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam

Bahagian XI

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XII

Pemeriksaan

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules