Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian V · Sistem Pembayaran
52. Kemuktamadan pembayaran dan perkiraan penghasilan bersih
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Perintah pemindahan hendaklah sah dan dikuatkuasakan oleh dan terhadap pengendali atau peserta sistem pembayaran yang ditetapkan terperaku dan hendaklah muktamad dan tidak boleh dibatalkan, berbalik atau diketepikan oleh mana-mana orang dari masa perintah pemindahan itu diputuskan sebagai muktamad di bawah kaedah-kaedah sistem pembayaran yang ditetapkan terperaku itu dikehendaki supaya diadakan di bawah perenggan 45(2)(a) dan tiada
90 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
perintah pun boleh dibuat oleh mana-mana mahkamah bagi pembetulan atau penggantungan perintah pemindahan itu.
Perkiraan penghasilan bersih hendaklah sah dan boleh dikuatkuasakan dan pengendali atau peserta sistem pembayaran yang ditetapkan terperaku hendaklah melakukan apa-apa jua yang dibenarkan atau dikehendaki di bawah perkiraan penghasilan bersih itu bagi memberi kesan kepada perkiraan penghasilan bersih itu.
Apa-apa pembayaran atau obligasi penyelesaian yang terhutang kepada pengendali atau peserta sistem pembayaran yang ditetapkan terperaku di bawah perkiraan penghasilan bersih yang belum dijelaskan—
boleh dibuktikan dalam prosiding ketidaksolvenan; dan
boleh didapatkan semula bagi manfaat pemiutang.
Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen 50(2), apa-apa perintah pemindahan yang muktamad dan tidak boleh dibatalkan di bawah subseksyen (1) dan apa-apa perkiraan penghasilan bersih yang sah dan boleh dikuatkuasakan di bawah subseksyen (2) dan (3), hendaklah diberi kuat kuasa walau apa pun apa-apa jua yang bertentangan yang terkandung dalam—
seksyen 223 dan 224 *Akta Syarikat 1965 berhubung dengan pengelakan pelupusan harta;
seksyen 296
*Akta
Syarikat 1965, seksyen 59
**Akta Kebankrapan 1967 [Akta 360] atau subseksyen 40(1) Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998
[Akta 587] berhubung dengan ketidaktuntutan harta yang membebankan;
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
**CATATAN—Akta Kebankrapan 1967 [Akta 360] telah dipinda dan disebutkan sebagai Akta
Insolvensi 1967 [Akta 360] yang mula berkuat kuasa pada 6 Oktober 2017–lihat seksyen 4 dan 5 Akta
Kebankrapan (Pindaan) 2017 [Akta A1534] dan P.U. (B) 466/2017.
Perkhidmatan Kewangan Islam 91
seksyen 219 *Akta Syarikat 1965 dan seksyen 47
**Akta Kebankrapan 1967 berhubung dengan masa permulaan ketidaksolvenan;
seksyen 293 *Akta Syarikat 1965 dan seksyen 53
**Akta Kebankrapan 1967 berhubung dengan keutamaan yang tidak patut; dan
seksyen 222 *Akta Syarikat 1965 dan seksyen 10
**Akta Kebankrapan 1967 berhubung dengan kuasa untuk menggantung atau menyekat prosiding.
Bahagian VI
Kehendak Berhemat
Bahagian VII
Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan
Bahagian VIII
Kumpulan Kewangan
Bahagian IX
Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna
Bahagian 3
Bahagian X
Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam
Bahagian XI
Pengemukaan Dokumen atau Maklumat
Bahagian XII
Pemeriksaan
Bahagian XIII
Arahan Pematuhan
Bahagian XIV
Campur Tangan dan Tindakan Remedi
Bahagian XV
Kuasa Bank yang Lain
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII