Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian V · Sistem Pembayaran

47. Tafsiran

Bagi maksud Penggal ini—

“pentadbir ketidaksolvenan” termasuklah penerima, pengurus, penerima dan pengurus, pelikuidasi, pelikuidasi sementara, pengurus kehakiman, kurator, pentadbir khas atau mana-mana orang lain, walau bagaimanapun digelar, yang diberi kuasa di bawah mana-mana undang-undang di dalam atau di luar Malaysia untuk mengambil kawalan harta seseorang bagi faedah pemiutang orang itu dalam hal orang itu menjadi, atau mungkin menjadi, tidak solven;

“perintah pemindahan” ertinya—

(a)

suatu arahan oleh peserta sistem pembayaran yang ditetapkan untuk memasukkan bagi kegunaan seorang penerima suatu amaun wang dengan cara kemasukan ke dalam buku akaun;

(b)

suatu arahan yang, apabila diselesaikan, menyebabkan pengambilalihan atau penunaian suatu obligasi pembayaran sebagaimana yang ditakrifkan oleh kaedah-kaedah sistem pembayaran yang ditetapkan; atau

(c)

suatu arahan oleh peserta sistem pembayaran yang ditetapkan sama ada untuk menyelesaikan suatu obligasi bagi pemindahan sekuriti dengan cara kemasukan buku atau bagi pemindahan sekuriti itu;

“perkiraan penghasilan bersih” ertinya suatu perkiraan secara bertulis untuk menukar beberapa tuntutan atau obligasi kepada satu tuntutan bersih atau satu obligasi bersih;

“sijil kemuktamadan” ertinya suatu sijil yang dikeluarkan oleh Bank kepada mana-mana sistem pembayaran yang ditetapkan di bawah seksyen 48;

88 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

“sistem pembayaran yang ditetapkan terperaku” ertinya sistem pembayaran yang ditetapkan yang sijil kemuktamadan telah dikeluarkan oleh Bank yang boleh termasuk sistem pembayaran yang dikendalikan oleh Bank, atau oleh mana-mana pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperoleh oleh Bank di bawah Akta Bank Negara

Malaysia 2009 atau oleh mana-mana orang yang diberi kuasa oleh

Bank.

Report

Bahagian VI

Kehendak Berhemat

Bahagian VII

Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan

Bahagian VIII

Kumpulan Kewangan

Bahagian IX

Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

Bahagian 3

Bahagian X

Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam

Bahagian XI

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XII

Pemeriksaan

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules