Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian V · Sistem Pembayaran

45. Perkiraan pengendalian

(1)

Pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, pengendali sistem pembayaran yang diluluskan atau pengeluar instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan yang diluluskan hendaklah mengadakan perkiraan pengendalian seperti yang berikut:

(a)

kaedah-kaedah, tatacara dan kehendak yang menyatakan hak, liabiliti atau apa-apa obligasi lain—

(i)

pengendali dan peserta sistem pembayaran yang ditetapkan;

(ii)

pengendali sistem pembayaran yang diluluskan dan pesertanya; dan

(iii)

pengeluar instrumen pembayaran

Islam yang ditetapkan yang diluluskan dan penggunanya, termasuk risiko yang mungkin ditanggung oleh peserta atau pengguna itu; dan

(b)

langkah-langkah bagi memastikan kekukuhan, keselamatan dan kebolehpercayaan pengendalian sistem pembayaran yang ditetapkan, sistem pembayaran yang dinyatakan dalam Bahagian 1 Jadual 1 atau instrumen pembayaran

Islam yang ditetapkan termasuk perkiraan kontingensi.

(2)

Sebagai tambahan kepada perkiraan pengendalian di bawah subseksyen (1), pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan atau pengendali sistem pembayaran yang diluluskan hendaklah mengadakan perkiraan pengendalian seperti yang berikut:

86 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

(a)

tatacara, kawalan dan langkah-langkah bagi pengurusan kredit, likuiditi atau risiko penyelesaian, termasuk kaedah-kaedah pemutusan masa apabila suatu arahan pemindahan adalah muktamad dalam hal sistem pembayaran yang sijil kemuktamadan telah dikeluarkan oleh Bank di bawah seksyen 48; dan

(b)

kriteria bagi penyertaan dalam sistem pembayaran yang ditetapkan atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam

(3)

Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), pengeluar instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan yang diluluskan itu hendaklah mengadakan langkah-langkah untuk memastikan pengurusan berhemat dana yang dipungut daripada pengguna, termasuk langkah-langkah untuk memastikan bahawa dana itu sentiasa sedia ada bagi pembayaran balik kepada pengguna instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan itu.

Report

Bahagian VI

Kehendak Berhemat

Bahagian VII

Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan

Bahagian VIII

Kumpulan Kewangan

Bahagian IX

Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

Bahagian 3

Bahagian X

Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam

Bahagian XI

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XII

Pemeriksaan

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules