Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VI · Kehendak Berhemat

68. Kehilangan kelayakan

(1)

Seseorang itu hilang kelayakan daripada dilantik atau dipilih, atau dilantik semula atau dipilih semula, menerima apa-apa pelantikan atau pemilihan, atau memegang jawatan, sebagai pengerusi, pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan institusi sekiranya—

(a)

dia seorang bankrap belum dilepaskan, telah menggantung pembayaran atau telah membuat penyelesaian pembayaran dengan pemiutangnya sama ada di dalam atau di luar

Malaysia;

(b)

suatu pertuduhan bagi suatu kesalahan jenayah yang berhubungan dengan ketidakjujuran atau fraud di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau undang-undang mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar Malaysia telah dibuktikan terhadapnya;

(c)

dia dilarang daripada menjadi pengarah syarikat atau dengan apa-apa cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung terlibat atau mengambil bahagian dalam pengurusan syarikat di Malaysia menurut suatu perintah mahkamah yang di buat di bawah seksyen 130A

*Akta Syarikat 1965 dan tidak mendapat apa-apa kebenaran daripada mahkamah di bawah seksyen yang sama; atau

(d)

di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pencegahan jenayah, pengedaran dadah, atau imigresen—

(i)

suatu perintah tahanan, pengawasan, atau pengusiran telah dibuat terhadap orang itu; atau

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

102 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

(ii)

apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan melalui bon atau selainnya, telah dikenakan atasnya.

(2)

Jika apa-apa prosiding jenayah belum selesai dalam mana-mana mahkamah bagi apa-apa kesalahan yang disebut dalam perenggan (1)(b) terhadap pengerusi, pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai kanan institusi, maka orang itu tidak boleh—

(a)

bertindak dalam apa-apa keupayaan sedemikian, memegang apa-apa jawatan lain atau bertindak atas apa-apa keupayaan sedemikian, dalam institusi itu; atau

(b)

kena mengena dengan, mengambil bahagian atau terlibat dalam, apa-apa cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam mana-mana aktiviti, hal ehwal atau perniagaan bagi, atau berhubungan dengan, institusi itu, kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh lembaga pengarah institusi itu tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh

Bank.

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), “prosiding jenayah” hendaklah disifatkan belum selesai dari tarikh orang dituduh mula dipertuduh dalam mahkamah bagi kesalahan itu sehinggalah tarikh keputusan muktamad prosiding itu, sama ada dalam mahkamah berbidang kuasa asal atau, dalam keadaan apa-apa rayuan oleh mana-mana pihak, dalam mahkamah berbidang kuasa rayuan muktamad.

Report

Bahagian VII

Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan

Bahagian VIII

Kumpulan Kewangan

Bahagian IX

Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

Bahagian 3

Bahagian X

Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam

Bahagian XI

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XII

Pemeriksaan

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules