Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian III · Tatacara dan Syarat-Syarat bagi Permohonan untuk Pendaftaran Varieti Baru Tumbuhan dan Pemberian Hak Pembiak Baka

13. Orang yang boleh memohon untuk pendaftaran varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka

Feedback & support
(1)

Permohonan untuk pendaftaran suatu varieti baru tumbuhan dan pemberian suatu hak pembiak baka di bawah seksyen 12

hanya boleh dibuat oleh—

(a)

pembiak baka;

(b)

majikan pembiak baka itu;

(c)

pengganti dalam hak milik pembiak baka itu;

(d)

seorang petani atau sekumpulan petani, masyarakat tempatan atau pribumi yang telah menjalankan fungsi seorang pembiak baka;

(e)

mana-mana kerajaan atau badan berkanun yang telah menjalankan fungsi pembiak baka.

(2)

Jika tempat bermastautin biasa atau tempat utama perniagaan pemohon adalah di luar Malaysia atau jika pemohon merupakan sekumpulan petani, pemohon hendaklah melantik seorang ejen yang bermastautin atau yang mempunyai suatu pejabat berdaftar di Malaysia yang kepadanya notis atau proses yang berhubungan dengan permohonan untuk pendaftaran dan pemberian hak pembiak baka dan perkara lain yang berhubungan dengan permohonan atau hak pembiak itu boleh disampaikan, dan jika pemohon tidak melantik ejen sedemikian, Lembaga boleh enggan meneruskan permohonan itu sehingga ejen itu telah dilantik.

(3)

Jika pemohon ialah suatu masyarakat tempatan atau seorang pribumi, maka pihak berkuasa yang mewakili masyarakat tempatan atau pribumi itu hendaklah menjadi ejen bagi pemohon itu dan notis atau proses yang berhubungan dengan permohonan dan perkara lain yang berhubungan dengan pendaftaran suatu varieti baru tumbuhan atau hak pembiak baka boleh disampaikan kepadanya.

Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 17

Report

Bahagian IV

Hak, Batasan dan Kewajipan Seseorang Pemegang

Bahagian V

Lesen Wajib

Bahagian VI

Bahagian VII

Rayuan

Bahagian VIII

Pelanggaran

Bahagian IX

Kesalahan

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Pelbagai