Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian III · Tatacara dan Syarat-Syarat bagi Permohonan untuk Pendaftaran Varieti Baru Tumbuhan dan Pemberian Hak Pembiak Baka

23. Bangkangan terhadap permohonan untuk pendaftaran suatu varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang berkepentingan boleh, dalam masa tiga bulan dari tarikh penyiaran suatu permohonan untuk pendaftaran suatu varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka, memberikan notis kepada Lembaga dan pemohon mengenai niatnya untuk membangkang permohonan itu atas mana-mana alasan atau gabungan alasan yang berikut:

(a)

bahawa orang yang membangkang permohonan itu berhak kepada hak pembiak baka itu jika berbanding dengan pemohon;

(b)

bahawa permohonan untuk pendaftaran varieti baru tumbuhan itu dan pemberian hak pembiak baka tidak mematuhi kehendak Akta ini;

(c)

bahawa permohonan untuk pendaftaran varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka itu bertentangan dengan ketenteraman awam atau prinsip moral;

(d)

bahawa permohonan untuk pendaftaran varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka itu boleh mengakibatkan suatu kesan negatif terhadap alam sekitar.

(2)

Notis itu hendaklah secara bertulis mengikut cara yang dinyatakan oleh Lembaga dan hendaklah mengandungi suatu pernyataan alasan bangkangan itu.

Report

Bahagian IV

Hak, Batasan dan Kewajipan Seseorang Pemegang

Bahagian V

Lesen Wajib

Bahagian VI

Bahagian VII

Rayuan

Bahagian VIII

Pelanggaran

Bahagian IX

Kesalahan

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Pelbagai