Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Tatacara dan Syarat-Syarat bagi Permohonan untuk Pendaftaran Varieti Baru Tumbuhan dan Pemberian Hak Pembiak Baka
20. Permintaan untuk pemeriksaan substantif
Feedback & supportJika sesuatu permohonan untuk pendaftaran suatu varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka telah diperiksa
Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 21
di bawah seksyen 19 dan pemohon telah diberitahu di bawah subseksyen 19(3), pemohon itu hendaklah memfailkan dalam tempoh yang ditentukan suatu permintaan untuk pemeriksaan substantif bagi permohonan itu.
Permintaan untuk pemeriksaan substantif di bawah subseksyen (1)—
hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan;
hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan; dan
jika diminta oleh Lembaga, hendaklah memberikan kuantiti yang ditentukan bahan pembiakan yang dikehendaki bagi maksud pemeriksaan substantif itu.