Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Tatacara dan Syarat-Syarat bagi Permohonan untuk Pendaftaran Varieti Baru Tumbuhan dan Pemberian Hak Pembiak Baka
25. Pemfailan keterangan dokumentar sebagai sokongan
Feedback & supportJika pemohon mengemukakan suatu jawapan di bawah subseksyen 24(1), pembangkang dan pemohon hendaklah memfailkan keterangan dokumentar yang menyokong bangkangan atau permohonan untuk pendaftaran varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan Lembaga.
Apa-apa keterangan dokumentar yang hendak difailkan oleh pembangkang atau pemohon di bawah subseksyen (1) hendaklah difailkan dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan oleh
Lembaga secara bertulis.
Jika pemohon memfailkan keterangan dokumentar yang menyokong permohonannya, pembangkang boleh diberi peluang, dalam masa yang dinyatakan oleh Lembaga secara bertulis, untuk mengemukakan kepada Lembaga dan pemohon keterangan jawapan yang hendak dikemukakan mengikut cara yang dinyatakan oleh
Lembaga secara bertulis.
Selepas menimbangkan keterangan dokumentar yang difailkan oleh pembangkang dan pemohon, dan selepas memberikan peluang kepada kedua-dua pihak untuk membuat hujah, Lembaga hendaklah memutuskan sama ada—
akan menolak permohonan untuk pendaftaran varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka; atau
akan meluluskan permohonan itu.
Lembaga hendaklah, dalam tempoh dua bulan selepas membuat keputusan di bawah subseksyen (4), memberikan alasan keputusannya secara bertulis.
24
Undang-Undang Malaysia