Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian III · Tatacara dan Syarat-Syarat bagi Permohonan untuk Pendaftaran Varieti Baru Tumbuhan dan Pemberian Hak Pembiak Baka

19. Pemeriksaan permulaan

Feedback & support
(1)

Jika suatu permohonan untuk pendaftaran suatu varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka mempunyai suatu tarikh pemfailan dan permohonan itu tidak ditarik balik,

Lembaga hendaklah memeriksa permohonan itu dan menentukan sama ada permohonan itu mematuhi kehendak-kehendak seksyen 15 dan 16.

(2)

Jika Lembaga, hasil daripada pemeriksaan di bawah subseksyen

(1)

, mendapati bahawa kehendak-kehendak seksyen 15 dan 16

tidak dipatuhi, Lembaga hendaklah memberi pemohon peluang untuk memberikan apa-apa pandangan tentang dapatan itu dan untuk meminda permohonan itu dalam tempoh yang ditentukan supaya kehendak-kehendak itu dipatuhi, dan jika pemohon gagal berbuat demikian, Lembaga boleh menolak permohonan itu.

(3)

Jika Lembaga, hasil daripada pemeriksaan di bawah subseksyen

(1)

, mendapati bahawa kehendak-kehendak seksyen 15 dan 16

telah dipatuhi, Lembaga hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan.

Report

Bahagian IV

Hak, Batasan dan Kewajipan Seseorang Pemegang

Bahagian V

Lesen Wajib

Bahagian VI

Bahagian VII

Rayuan

Bahagian VIII

Pelanggaran

Bahagian IX

Kesalahan

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Pelbagai