Perumahan Rakyat 1MALAYSIA Act 2012 · Updated to 1 Jan 2020 · Bahagian IV · Pekerja Perbadanan
27. Syarat perkhidmatan, kelakuan dan tatatertib
Feedback & supportPerbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, menentukan syarat perkhidmatan pekerjanya
Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua pekerjanya dan hendaklah menjalankan kawalan tatatertib ke atas pekerjanya.
Perbadanan boleh menetapkan apa-apa kaedah-kaedah untuk mengadakan peruntukan mengenai kelakuan dan tatatertib pekerjanya.
Kaedah-kaedah yang ditetapkan di bawah seksyen ini termasuklah—
peruntukan bagi penubuhan jawatankuasa tatatertib yang sesuai dan tatacara yang perlu dipatuhi;
peruntukan bagi penubuhan jawatankuasa rayuan tatatertib untuk mendengar rayuan terhadap keputusan jawatankuasa tatatertib dan tatacara yang perlu dipatuhi;
dan
peruntukan bagi—
penahanan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain; atau
penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pekerja Perbadanan sementara menunggu prosiding tatatertib selesai.
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 739
Kaedah-kaedah yang ditetapkan di bawah seksyen ini boleh mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan mengenai apa-apa hukuman tatatertib yang disifatkan sesuai oleh Perbadanan, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi buang kerja dan penurunan pangkat.
Kaedah-kaedah yang ditetapkan di bawah seksyen ini hendaklah, dalam menetapkan tatacara untuk prosiding tatatertib, mengadakan peruntukan mengenai peluang kepada pekerja
Perbadanan yang prosiding tatatertib diambil terhadapnya untuk membuat representasi sebelum suatu keputusan dibuat oleh jawatankuasa tatatertib mengenai pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadap orang itu.