Skip to content

Seksyen 3

of Akta Perumahan Rakyat 1MALAYSIA 2012

ActIn forceProvision 3 of 6

Seksyen 3

(2)

Perbadanan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.

(3)

Perbadanan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 739

(4)

Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Perbadanan boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut —

(a)

membuat kontrak;

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih;

dan

(c)

memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenai harta itu yang terletak hak pada Perbadanan.