Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2020Read it in English

Bahagian VII · Kewangan

40. Kumpulan Wang Perbadanan PR1MA Malaysia

Feedback & support
(1)

Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan

Wang Perbadanan PR1MA Malaysia” ditubuhkan dan hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Perbadanan.

(2)

Kumpulan Wang Perbadanan PR1MA Malaysia hendaklah terdiri daripada—

(a)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Parlimen dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini;

(b)

semua atau mana-mana bahagian fi, kos, levi dan caj lain yang dikenakan oleh atau yang kena dibayar kepada

Perbadanan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain;

(c)

semua wang yang berpunca daripada pendapatan pelaburan oleh Perbadanan;

Perumahan Rakyat 1Malaysia 49

(d)

semua wang yang berpunca daripada penjualan, pelupusan, pemajakan atau penyewaan, atau apa-apa urus niaga lain mengenai, apa-apa harta, gadai janji, gadaian atau debentur yang terletak hak pada atau yang diperoleh oleh Perbadanan;

(e)

jumlah wang yang dipinjam oleh Perbadanan di bawah seksyen 45;

(f)

apa-apa jumlah wang yang dibayar kepada Perbadanan dari semasa ke semasa bagi pinjaman yang dibuat oleh

Perbadanan;

(g)

semua wang yang didapati daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada

Kumpulan Wang itu;

(h)

semua derma dan sumbangan yang diterima oleh

Perbadanan bagi maksud mengusahakan fungsi, kuasa dan kewajipannya;

(i)

semua jumlah wang atau harta lain yang mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsinya;

(j)

apa-apa kos yang dibayar kepada, atau didapatkan oleh,

Perbadanan dalam mana-mana penyelesaian tindakan atau prosiding guaman; dan

(k)

semua wang lain yang diterima secara sah oleh

Perbadanan.

Report

Bahagian VIII

Hak untuk Membeli Semula Kediaman PR1MA

Bahagian IX

Tribunal Rayuan

Bahagian X

Schedules