Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2020Read it in English

Bahagian IV · Pekerja Perbadanan

24. Section 24

Feedback & support
(1)

Perdana Menteri hendaklah melantik seorang Ketua

Pegawai Eksekutif yang, pada pendapat Perdana Menteri, mempunyai pengalaman dan menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan pembangunan perumahan dan komuniti, kewangan, pembinaan, kejuruteraan, perniagaan atau pentadbiran, atau selainnya adalah

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 739

sesuai untuk pelantikan kerana pengetahuan khasnya, pengalamannya atau kelayakannya yang sesuai, atas apa-apa terma dan syarat, dan yang hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun, yang difikirkannya sesuai.

(2)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal harian

Perbadanan pada keseluruhannya.

(3)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pekerja Perbadanan.

(4)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain yang diarahkan oleh Perbadanan dari semasa ke semasa.

(5)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am

Perbadanan dalam menunaikan kewajipannya.

(6)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah menjadi seorang pekerja Perbadanan.

Report

Bahagian V

Pembangunan PR1MA dan Kompleks PR1MA

Bahagian VI

Penyelarasan Dengan Entiti Kerajaan

Bahagian VII

Kewangan

Bahagian VIII

Hak untuk Membeli Semula Kediaman PR1MA

Bahagian IX

Tribunal Rayuan

Bahagian X

Schedules