Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2020Read it in English

Bahagian VI · Penyelarasan Dengan Entiti Kerajaan

36. Agensi penyelaras utama

Feedback & support
(1)

Perbadanan hendaklah, dalam menyelaraskan pelaksanaan aktiviti yang dijalankan berhubung dengan pembangunan PR1MA dan kompleks PR1MA—

Perumahan Rakyat 1Malaysia 43

(a)

bertindak sebagai ejen penyelaras utama atau ejen yang diberi kuasa bagi pihak Entiti Kerajaan berhubung dengan penerimaan, pemprosesan dan penyegeraan

Kelulusan dan tindakan pentadbiran yang diperlukan berkaitan dengan permohonan bagi Kelulusan yang berkenaan dengannya Perbadanan telah membuat suatu perjanjian atau perkiraan di bawah seksyen 38; dan

(b)

memberikan perkhidmatan pentadbiran dan bantuan kepada Entiti Kerajaan berkaitan dengan perkara yang berhubungan dengan tanah di mana pembangunan

PR1MA sedang diusahakan.

(2)

Perbadanan boleh, dalam menjalankan peranan di bawah perenggan (1)(a)—

(a)

mengenakan ke atas pemohon bagi Kelulusan apa-apa fi, kos, levi atau apa-apa caj lain sebagaimana yang ditetapkan berkenaan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Perbadanan; dan

(b)

bagi pihak Entiti Kerajaan, memungut daripada pemohon bagi Kelulusan apa-apa fi, kos, levi atau apa-apa caj lain sebagaimana yang dikehendaki dengan sah oleh Entiti Kerajaan berkaitan dengan permohonan itu.

Report

Bahagian VII

Kewangan

Bahagian VIII

Hak untuk Membeli Semula Kediaman PR1MA

Bahagian IX

Tribunal Rayuan

Bahagian X

Schedules