Perumahan Rakyat 1MALAYSIA Act 2012 · Updated to 1 Jan 2020 · Bahagian III · Fungsi dan Kuasa Perbadanan
17. Fungsi Perbadanan
Feedback & supportPerbadanan hendaklah mempunyai segala fungsi yang berikut:
menggalakkan dan melaksanakan dasar yang berhubungan dengan pembangunan PR1MA dan kompleks PR1MA;
merancang, menyelia dan menyempurnakan reka bentuk, pembinaan dan penyenggaraan kompleks
PR1MA mengikut Akta ini dan dasar yang ditentukan oleh
Kerajaan Persekutuan dari semasa ke semasa;
menguruskan dan memantau atau mengusahakan pembangunan PR1MA;
mengumpulkan, merekodkan dan menyenggara data, maklumat dan statistik berkenaan dengan pembangunan
PR1MA dan kompleks PR1MA dan menyenggara data orang yang layak bagi maksud penguntukan kediaman
*CATATAN–Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016
[Akta 777]-lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 739
PR1MA, dan menggunakan data, maklumat dan statistik itu bagi menjalankan fungsinya;
memantau, menguruskan dan mengawal selia perkara yang berhubungan dengan pemunyaan dan penyewaan kediaman PR1MA;
di dalam kompleks PR1MA—
memudahkan pembangunan ekonomi dan sosial termasuklah memudahkan pembangunan kemudahan pendidikan dan pembangunan klinik komuniti; dan
memudahkan dan mengusahakan pembangunan infrastruktur dan komersial termasuklah memudahkan dan mengusahakan pembangunan kemudahan sukan dan rekreasi;
membangunkan dan mencadangkan program bantuan bagi orang yang layak untuk membolehkan orang yang layak membeli atau menyewa kediaman PR1MA;
mengadakan forum, seminar dan program kesedaran berhubung dengan pembangunan PR1MA dan kompleks
PR1MA;
menguruskan dan memantau kualiti, bekalan dan permintaan bagi kompleks PR1MA termasuklah—
kelulusan bagi pemaju yang ingin menyertai pembinaan PR1MA;
penguntukan kediaman PR1MA untuk orang yang layak; dan
mendapatkan secara sumber langsung dan mengeluarkan secara langsung bahan mentah bagi maksud pembangunan PR1MA;
Perumahan Rakyat 1Malaysia 25
menggalakkan, memudahkan dan melaksanakan penggunaan teknologi baru serta teknologi hijau bagi kompleks PR1MA;
menjalankan atau membiayai siasatan, penyelidikan, penilaian dan kajian dan menjalankan kaji selidik, pengumpul semakan atau analisis dengan tujuan untuk memperoleh data, maklumat dan statistik serta faktor yang mempengaruhi atau berkaitan dengan pembangunan PR1MA dan kompleks PR1MA dan menyebarkan data, maklumat, statistik dan faktor itu;
menyediakan khidmat nasihat berhubung dengan pembangunan PR1MA dan kompleks PR1MA;
mengesyorkan kepada Entiti Kerajaan strategi, arahan, dasar, undang-undang dan tindakan yang terpakai bagi pembangunan
PR1MA dan kompleks
PR1MA, termasuklah syor mengenai apa-apa kajian semula dasar, undang-undang dan tindakan semasa untuk memastikan dasar dan matlamat pembangunan PR1MA dan kompleks PR1MA dicapai;
menasihati Menteri dan Entiti Kerajaan tentang segala perkara yang berhubungan dengan pembangunan
PR1MA dan kompleks PR1MA;
menggalakkan, menguruskan dan memantau penyertaan dan pelaburan sektor swasta dalam pembangunan
PR1MA dan kompleks
PR1MA, termasuklah mengesyorkan kepada
Entiti
Kerajaan insentif berhubung dengan cukai, duti kastam dan eksais dan insentif fiskal lain yang terpakai bagi penyertaan dan pelaburan itu; dan
menjalankan apa-apa fungsi lain yang diberikan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang merupakan tambahan, bersampingan dengan, atau yang
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 739
berbangkit daripada mana-mana fungsi yang dinyatakan dalam seksyen ini.