Perumahan Rakyat 1MALAYSIA Act 2012 · Updated to 1 Jan 2020 · Bahagian X
68. Section 68
Feedback & support(1)
Perbadanan hendaklah menyenggarakan suatu daftar mengenai segala perkara yang dikehendaki untuk didaftarkan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini.
(2)
Seseorang boleh, selepas membayar apa-apa fi yang dinyatakan oleh Perbadanan—
(a)
memeriksa daftar itu; dan
(b)
membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, daftar itu.