Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2020Read it in English

Bahagian VIII · Hak untuk Membeli Semula Kediaman PR1MA

51. Hak untuk membeli semula kediaman PR1MA oleh Perbadanan

Feedback & support
(1)

Tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini, Perbadanan hendaklah mempunyai hak untuk membeli semula mana-mana kediaman PR1MA daripada pemunya kediaman PR1MA jika pemunya itu—

(a)

melakukan suatu pelanggaran serius atau berulang kali melakukan pelanggaran serius mana-mana peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang berhubungan dengan kediaman PR1MA;

(b)

tidak membayar apa-apa wang yang kena dibayar kepada Perbadanan, termasuk apa-apa denda atau penalti yang dikenakan berkaitan dengan apa-apa pelanggaran mana-mana peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah;

(c)

telah membuat salah nyataan tentang suatu fakta material, sama ada secara tidak sengaja atau selainnya, yang berhubungan dengan pembelian kediaman PR1MA;

(d)

telah membuat suatu pernyataan yang mengelirukan atau palsu dalam permohonannya kepada Perbadanan yang menyebabkan penguntukan kediaman PR1MA oleh Perbadanan kepadanya; atau 56 Undang-Undang Malaysia AKTA 739

(e)

pada bila-bila masa, terhenti menjadi warganegara

Malaysia.

(2)

Hak untuk membeli semula oleh Perbadanan di bawah perenggan (1)(a) hendaklah hanya dijalankan oleh Perbadanan—

(a)

jika notis bertulis telah dihantar oleh Perbadanan kepada pemunya menghendaki pemunya itu untuk membetulkan pelanggaran itu dalam tempoh masa yang dinyatakan; dan

(b)

pemunya itu tidak membetulkan pelanggaran itu dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam notis bertulis.

(3)

Hak untuk membeli semula oleh Perbadanan di bawah perenggan (1)(b) hendaklah hanya dijalankan oleh Perbadanan—

(a)

jika notis tuntutan bertulis telah dihantar oleh

Perbadanan kepada pemunya menghendaki pemunya itu untuk membayar wang yang terhutang dan kena dibayar kepada

Perbadanan dalam tempoh masa yang dinyatakan; dan

(b)

pemunya itu tidak membayar wang yang terhutang dan kena dibayar kepada Perbadanan itu dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam notis tuntutan bertulis itu.

Report

Bahagian IX

Tribunal Rayuan

Bahagian X

Schedules