Perumahan Rakyat 1MALAYSIA Act 2012 · Updated to 1 Jan 2020 · Bahagian V · Pembangunan PR1MA dan Kompleks PR1MA
30. Majlis Penasihat PR1MA
Feedback & supportSuatu majlis yang dikenali sebagai “Majlis Penasihat
Perumahan Rakyat 1Malaysia ” atau “Majlis Penasihat PR1MA”
ditubuhkan.
Majlis hendaklah terdiri daripada—
Perdana Menteri, sebagai Pengerusi;
Menteri, jika dia bukan juga Perdana Menteri;
Menteri yang bertanggungjawab bagi perumahan dan kerajaan tempatan;
Menteri yang bertanggungjawab bagi kewangan;
Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan
Perdana Menteri;
Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi Negeri yang berkaitan atau Menteri yang bertanggungjawab bagi
Wilayah
Persekutuan, sebagaimana dan apabila dikehendaki oleh Pengerusi; dan 36 Undang-Undang Malaysia AKTA 739
tidak lebih daripada tujuh orang anggota lain yang dilantik oleh Pengerusi.
Pengerusi Majlis boleh mengundang mana-mana orang lain untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Majlis bagi maksud menasihati Majlis tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan.
Fungsi Majlis adalah—
untuk menasihati Perbadanan dan membuat syor kepada Perbadanan tentang perkara dasar yang berhubungan dengan pembangunan PR1MA dan kompleks PR1MA apabila dirujuk oleh Perbadanan;
untuk mengadakan garis panduan yang hendaklah diambil kira oleh Perbadanan berhubung dengan perkara perancangan bagi pembangunan PR1MA; dan
untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada Majlis di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
Majlis boleh, dari semasa ke semasa, memberikan
Perbadanan arahan yang selaras dengan peruntukan Akta ini, dan
Perbadanan hendaklah menguatkuasakan arahan itu.
Majlis boleh melaksanakan apa-apa fungsi lain yang bersampingan atau berbangkit daripada mana-mana fungsi yang dinyatakan dalam subseksyen (4) dan melakukan apa-apa benda yang perlu atau suai manfaat bagi menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.
Majlis hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.