Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 1994Read it in English

Bahagian II · Pemberian Perwakilan

13. Section 13

Feedback & support
(1)

Jika sesuatu perbadanan amanah dilantik menjadi wasi dalam suatu wasiat, sama ada bersendirian atau bersesama dengan seorang lain, Mahkamah boleh memberikan probet kepada perbadanan itu sama ada secara tunggal atau bersesama dengan seorang lain, mengikut kehendak keadaan, dan perbadanan itu bolehlah bertindak sebagai wasi dengan sewajarnya.

(2)

Pentadbiran boleh diberikan kepada mana-mana perbadanan amanah sama ada secara tunggal atau bersesama dengan seorang lain, dan perbadanan itu bolehlah bertindak sebagai pentadbir dengan sewajarnya.

(3)

Perwakilan tidak boleh diberikan kepada seorang sindik atau penama bagi pihak mana-mana perbadanan amanah.

(4)

Mana-mana pegawai yang diberikuasa bagi maksud itu oleh perbadanan itu atau pengarah-pengarah atau badan pengelola perbadanan itu boleh membuat afidavit dengan bersumpah, memberikan jaminan, dan melakukan apaapa perbuatan atau perkara lain yang mungkin dikehendaki oleh Mahkamah bagi pihak perbadanan amanah itu dengan tujuan supaya perwakilan diberikan kepada perbadanan itu, dan perbadanan itu adalah terikat dengan perbuatan perbuatan pegawai itu dan pegawai itu adalah berhak supaya ditanggung rugi oleh perbadanan itu berkenaan dengan perkara-perkara yang diberikuasa sedemikian sebagaimana yang disebut terdahulu.

(5)

Seksyen ini terpakai sama ada pewasiat atau si mati tak berwasiat itu mati sebelum atau selepas bermulanya kuatkuasa Akta ini.

Report

Bahagian III

Kuasa-Kuasa Tambahan Mahkamah

Bahagian IV

Pemeteraian Semula Probet dan Surat Kuasa Pentadbiran yang Diberikan di Luar Malaysia

Bahagian V

Kuasa, Hak, Tugas dan Obligasi Wakil

Bahagian VI

Pentadbiran Aset

Bahagian VII

Kuasa Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar dan Penolong Pendaftar

Bahagian VIII

Perlantikan, Kuasa dan Tugas Pegawai Pentadbir Pusaka

Schedules