Seksyen 70
of Akta Probet dan Pentadbiran 1959
Seksyen 70
Jika seseorang mati dengan memiliki, atau berhak kepada, atau, di bawah suatu kuasa am mengenai penetapan, melupuskan melalui wasiatnya suatu kepentingan mengenai harta yang pada masa kematiannya digadai untuk mendapatkan pembayaran wang, sama ada secara gadai janji di sisi undang-undang, gadaian ekuiti atau selainnya (termasuklah lien bagi wang belian yang belum dijelaskan), dan si mati telah tidak menunjukkan niat yang bertentangan atau berlainan melalui wasiat, suratikatan atau dokumen lain, maka antara orang-orang yang berlainan yang menuntut melalui si mati, kepentingan yang digadai sedemikian hendaklah dipertanggungkan terutamanya untuk membayar gadaian itu; dan tiap-tiap bahagian kepentingan tersebut, mengikut nilainya, hendaklah menanggung suatu bahagian gadaian itu pada keseluruhannya yang bersekadaran.
(2)
Tiada niat yang bertentangan atau berlainan boleh disifatkan telah ditunjukkan—
(a)
melalui arahan am bagi pembayaran hutang atau hutang pewasiat daripada harta alihnya atau daripada harta pusaka residuarinya; atau
(b)
melalui suatu gadaian hutang ke atas mana-mana harta pusaka itu, melainkan jika niat itu ditunjukkan selanjutnya dengan perkataan secara nyata atau secara implikasi yang perlu dengan merujuk kepada semua atau beberapa bahagian gadaian itu.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini yang menyentuh hak seseorang yang berhak kepada gadaian untuk mendapatkan pembayaran atau penyelesaian mengenainya sama ada daripada aset lain si mati atau selainnya.