Seksyen 76
of Akta Probet dan Pentadbiran 1959
Seksyen 76
Sebelum memberikan sesuatu persetujuan atau membuat sesuatu pemindahhakan bagi faedah seseorang yang berhak, seseorang wakil diri boleh membenarkan orang itu mengambil milik tanah itu, dan pemilikan itu tidaklah memudaratkan hak wakil diri itu untuk mengambil atau mengambil semula milik tanah itu, atau kuasanya untuk memindahhakkan tanah itu seolah-olah dia memilikinya, tetapi tertakluk kepada kepentingan mana-mana pemegang pajakan, tenan atau penduduk yang memiliki atau yang sebenarnya menduduki tanah itu.
(2)
Mana-mana orang yang, berbanding dengan wakil diri, menuntut milikan harta tak alih, atau perlantikan seorang penerima baginya, atau suatu pemindahmilikan atau pemindahhakan mengenainya, atau suatu persetujuan tentang peletakhakannya, atau untuk didaftarkan sebagai tuan punyanya, boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan arahan-arahan berkaitan dengannya, dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah peletakhakan atau perintah lain yang difikirkan patut, dan peruntukan-peruntukan Akta Pemegang Amanah 1949, berhubungan dengan perintah-perintah peletakhakan dan perlantikan seseorang untuk memindahmilikkan atau memindahhakkan, hendaklah terpakai.
(3)
Seksyen ini terpakai sama ada pewasiat atau si mati tak berwasiat mati sebelum atau selepas bermulanya kuatkuasa Akta ini.