Skip to content

Seksyen 75

of Akta Probet dan Pentadbiran 1959

ActIn forceProvision 75 of 91

Seksyen 75

(1)

Jika seseorang orang belum dewasa berhak secara mutlak di bawah wasiat atau di atas kematian tak berwasiat seseorang yang mati sebelum atau selepas bermulanya kuatkuasa Akta ini (dalam subseksyen ini disebut "si mati") kepada suatu devis atau legasi, atau kepada residu harta pusaka si mati, atau apa-apa bahagian di dalamnya, dan devis, legasi, residu atau bahagian itu bukan di bawah wasiat, jika ada, si mati itu, dideviskan atau dibekueskan kepada pemegang-pemegang amanah bagi orang belum dewasa itu, maka wakil-wakil diri si mati boleh melantik suatu perbadanan amanah atau dua atau lebih individu tetapi tidak melebih empat orang (sama ada termasuk atau tidak wakil-wakil diri itu atau seorang atau lebih daripada wakil-wakil diri itu), sebagai pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah bagi devis, legasi, residu atau bahagian orang belum dewasa itu, dan boleh, tertakluk kepada seksyen 60, melaksanakan atau membuat apa-apa asurans atau perkara yang perlu bagi meletakhakkan devis, legasi, residu atau bahagian itu pada pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah yang dilantik sedemikian; dan selepas suatu perlantikan sedemikian dibuat, wakil-wakil diri, sebagai yang sedemikian itu, hendaklah dilepaskan daripada segala tanggungan selanjutnya berkenaan dengan devis, legasi, residu, atau bahagian itu, dan devis, legasi, residu, atau bahagian itu, boleh disimpan dalam keadaan atau kedudukan pelaburannya yang sedia ada, atau boleh ditukarkan menjadi wang dan wang itu boleh dilaburkan dalam apa-apa pelaburan yang dibenarkan.

(2)

Jika sebelum bermulanya kuatkuasa Akta ini, seseorang wakil diri telah menyimpan atau menjual apaapa devis, legasi, residu atau bahagian sedemikian, dan melaburkannya atau hasilnya dalam mana-mana pelaburan yang dia dibenarkan melaburkan wang di dalamnya

Probet dan Pentadbiran tertakluk kepada amanah itu, maka, tertakluk kepada apa-apa perintah Mahkamah yang dibuat sebelum bermulanya kuatkuasa Akta ini, dia tidaklah boleh disifatkan telah melakukan apa-apa tanggungan atas sebab itu, atau atas alasan tidak membayar atau memindahkan wang atau harta itu ke dalam Mahkamah.