Seksyen 71
of Akta Probet dan Pentadbiran 1959
Seksyen 71
Tertakluk kepada seksyen 60 tiap-tiap kontrak yang dibuat oleh seseorang wakil diri pada menjalankan kuasanya untuk mentadbirkan sesuatu harta pusaka hendaklah mengikat dan boleh dikuatkuasakan terhadap dan oleh wakil diri si mati pada masa ini, dan boleh dilaksanakan atau diubah atau ditamatkan olehnya, dan, dalam hal suatu kontrak yang dibuat oleh seorang pendulu, seolah-olah kontrak itu telah dibuat olehnya sendiri.
Probet dan Pentadbiran
(2)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan hak mana-mana orang untuk menghendaki supaya suatu persetujuan, pemindahmilikan atau pemindahhakan dibuat.
(3)
Seksyen ini terpakai sama ada pewasiat atau si mati tak berwasiat mati sebelum atau selepas bermulanya kuatkuasa Akta ini.