Skip to content

Seksyen 72

of Akta Probet dan Pentadbiran 1959

ActIn forceProvision 72 of 91

Seksyen 72

(1)

Seseorang wakil diri boleh bersetuju dengan peletakhakan kepada mana-mana orang yang boleh menjadi berhak (sama ada melalui devis, bekues, penurunan, penguntukan atau selainnya) sama ada secara benefisial kepada, atau sebagai pemegang amanah atau wakil diri bagi, apa-apa harta tak alih yang ke atasnya pewasiat atau si mati tak berwasiat adalah berhak atau yang ke atasnya dia menjalankan suatu kuasa am mengenai penetapan melalui wasiatnya, dan diturunkan kepada wakil diri itu.

(2)

Tiada persetujuan sedemikian boleh menjadi sah melainkan jika disanksikan oleh suatu perintah Mahkamah dan dibuat melalui suatu pemindahmilikan dalam borang yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pendaftaran hakmilik tanah.

(3)

(Dimansuhkan).