Legal Profession Act 1976 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VIII · Saraan Peguam Bela dan Peguam Cara
114. Peguam bela dan peguam cara boleh membuat perjanjian untuk saraan daripada klien
Feedback & supportSama ada apa-apa perintah berkuat kuasa di bawah seksyen 113 atau tidak, seseorang peguam bela dan peguam cara dan kliennya boleh, sama ada sebelum atau selepas atau dalam masa peguam bela dan peguam cara itu menjalankan apa-apa urusan bukan bertikaian, membuat suatu perjanjian tentang saraan peguam bela dan peguam cara itu berkenaan dengannya:
Dengan syarat bahawa perjanjian itu tidak boleh membuat peruntukan bagi kos mengikut suatu skala yang lebih rendah daripada skala yang diperuntukkan oleh apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen 113.
Perjanjian itu boleh membuat peruntukan bagi saraan peguam bela dan peguam cara itu dengan sejumlah wang kasar, atau dengan komisen atau peratusan, atau dengan gaji, atau selainnya, dan ia boleh dibuat atas terma bahawa amaun saraan yang dijanjikan di dalam perjanjian itu hendaklah sama ada termasuk atau tidak termasuk semua atau apa-apa perbelanjaan yang dibuat oleh peguam bela dan peguam cara itu berkenaan dengan carian, pelan, perjalanan, setem, fi atau perkara lain.
154 Undang-Undang Malaysia AKTA 166
Perjanjian itu hendaklah secara bertulis dan ditandatangani oleh orang yang akan terikat dengannya atau oleh ejennya bagi maksud itu.
Perjanjian itu boleh dibawa guaman dan didapatkan atau dibatalkan dengan cara dan alasan sama seperti suatu perjanjian yang tidak berhubungan dengan saraan peguam bela dan peguam cara:
Dengan syarat bahawa jika atas apa-apa penetapan kos peguam bela dan peguam cara bergantung pada perjanjian itu dan klien membantah terhadap perjanjian itu atas alasan bahawa ia tidak patut atau tidak munasabah, pegawai penetapan boleh menyiasat fakta itu dan memperakuinya kepada Mahkamah, dan jika atas perakuan itu
Mahkamah berpendapat bahawa perjanjian itu patut dibatalkan, atau jumlah yang kena dibayar di bawahnya patut dikurangkan, Mahkamah boleh memerintahkan supaya perjanjian itu dibatalkan, atau amaun yang kena dibayar itu dikurangkan, dan boleh memberi arahan yang berbangkit yang difikirkan patut dan munasabah oleh Mahkamah.
Peguam bela dan peguam cara berhak mendapatkan kos bagi perundingan daripada penggadai janji