Legal Profession Act 1976 · Updated to 1 Aug 2018 · Bahagian VIII · Saraan Peguam Bela dan Peguam Cara
120. Jika klien menukar peguam sebelum perjanjian disempurnakan
Feedback & supportWalaupun wujud apa-apa perjanjian di bawah seksyen 116, seseorang klien boleh menukar peguam bela dan peguam caranya sebelum selesai urusan yang berhubung dengan perjanjian itu dan dalam hal itu peguam bela dan peguam cara yang menjadi suatu pihak kepada perjanjian itu hendaklah disifatkan sebagai tidak berupaya bertindak di bawah perjanjian itu mengikut pengertian seksyen ini.
Apabila apa-apa perintah dibuat bagi penetapan amaun yang kena dibayar kepada seseorang peguam bela dan peguam cara berkenaan dengan urusan yang dilakukan di bawah perjanjian itu,
Mahkamah hendaklah mengarahkan Pendaftar supaya memberi perhatian kepada hal keadaan yang penukaran peguam bela dan peguam cara itu telah berlaku.
Setelah amaun itu ditetapkan peguam bela dan peguam cara itu tidak boleh disifatkan sebagai berhak kepada amaun penuh saraan yang dipersetujui yang akan dibayar kepadanya melainkan jika didapati tidak ada kemungkiran, kecuaian, kelambatan yang tidak patut atau kelakuan lain yang tidak patut pada pihaknya yang memberi alasan yang munasabah kepada klien itu untuk menukar peguam bela dan peguam caranya.